Mesyuarat Agung PIBG 2010
bin Ismail, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian.
Motivasi Keibubapaan 2010 dan Kesyukuran UPSR
Sudah menjadi kelaziman, pada setiap tahun akan diadakan Program Motivasi kepada para ibu bapa murid-murid tahun 6. Serentak dengan program motivasi pada tahun ini turut diadakan majlis kesyukuran UPSR kerana mendapat pencapaian terbaik dan itu merupakan satu rekod baru bagi sekolah ini. Seramai 13 orang calon UPSR 2009 telah mendapat 5A dan 7 orang mendapat 4A1B dengan peratus amnya melebihi 87%.
Latihan Dalam Perkhidmatan (Headcount)
Sebagai sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah 5 bintang, pelbagai aktiviti telah dijalankan khusus untuk guru-guru bagi memantapkan lagi pengurusan di sekolah. Pada cuti pertengahan penggal pertama yang lalu telah diadakan Kursus Headcount di Makmal Komputer SK Mentera. Kursus ini telah disampaikan oleh Cikgu Arif dan Cikgu Nordin sebagai penyelaras headcount sekolah.
Sukan Tahunan
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK Mentera telah diadakan bermula pada 4 November dan berakhir pada 6 November 2010. Perkhemahan ini dikhususkan kepada ahli-ahli unit-unit beruniform tahun 6. Terdapat empat unit beruniform telah mengambil bahagian iaitu Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam. Seramai 52 orang murid telah terlibat dalam perkhemahan itu.Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah kawat kaki, pertandingan memasak, malam kebudayaan, aktiviti lasak, bbq dan sebagainya. Sepanjang perkhemahan itu, setiap kumpulan akan menyediakan sendiri lauk-pauk dan minuman untuk ahli kumpulan masing-masing. Manakala nasi akan disediakan oleh guru-guru yang bertugas secara bergilir-gilir.
Gambar-gambar sekitar perkhemahan:
LAWATAN KE PESTA BUKU
Tarikh : 11 Oktober 2010Hari : Isnin
Tempat : Dewan Besar Majlis Agama Islam Kelantan
Jumlah Peserta :113 orang
SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENYERAHAN ILMU
Pada tanggal 15 September 2010 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Penyerahan Ilmu kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada minggu hadapan. Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu, dimulakan dengan acara perhimpunan di medan perhimpunan.Semua murid bersalaman dan bermaaf-maafan dengan guru-guru dan selepas itu semua murid beredar ke kelas masing-masing untuk persiapan dan jamuan. Murid-murid tahun 6 dan guru-guru pula ke dewan sekolah untuk sembahyang hajat dan bacaan Yasin. Selepas itu diadakan upacara menyuap pulut semangat yang telah disempurnakan oleh guru besar dan penolong kanan pentadbiran.
Kemudian semua guru dan kakitangan berkumpul di Bilik Wawasan untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan.
Gambar-gambar sekitar majlis itu