Pada tanggal 15 September 2010 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Penyerahan Ilmu kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada minggu hadapan. Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu, dimulakan dengan acara perhimpunan di medan perhimpunan.
Semua murid bersalaman dan bermaaf-maafan dengan guru-guru dan selepas itu semua murid beredar ke kelas masing-masing untuk persiapan dan jamuan. Murid-murid tahun 6 dan guru-guru pula ke dewan sekolah untuk sembahyang hajat dan bacaan Yasin. Selepas itu diadakan upacara menyuap pulut semangat yang telah disempurnakan oleh guru besar dan penolong kanan pentadbiran.
Kemudian semua guru dan kakitangan berkumpul di Bilik Wawasan untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan.
Gambar-gambar sekitar majlis itu
No comments:
Post a Comment